Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

ASRAMA:3

  • ASRAMA:3

RM 21.20 RM 24.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS MUHAMMAD FATRIM
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE UMUM
BIL. HALAMAN 280
ISBN 9789670042503
PREKUEL KEPADA NOVEL ASRAMA & ASRAMA: 2

Lahirnya Dahlia membawa seribu kebahagiaan buat Kalsom dan Rashid yang sudah lama menantikan zuriat. Namun terselit kerisauan di hati Rashid, kerana sumpah
keturunan yang diwarisi keluarganya. Apatah lagi seawal usia tujuh tahun lagi Dahlia sudah menunjukkan yang dia bakal mewarisi takdir seperti bapanya, seorang pengait
kepala. Kehadiran dan bisikan rogon dalam hidupnya menjadikan Dahlia manusia yang mampu bertindak di luar batasan!

Selepas satu demi satu tragedi berlaku, akhirnya Rashid dan Kalsom terpaksa memilih satu jalan atas dasar kasih sayang, meskipun berat untuk dilakukan.

"Semua ini untuk melindungi, lebih baik mati!"

ASRAMA: 3 merungkai kisah di sebalik takdir Rashi sebagai pengait, juga kebenaran di sebalik peristiwa kebakaran di asrama itu.

MUHAMMAD FATRIM lahir di Beaufort, Sabah dan kini menetap di Kuala Penyu, Sabah. Mengambil jurusan Penulisan Kreatif di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam (FITA) tanpa dirancang. Peminat novel Enid Blyton dan novel Melayu thriller ini mengibaratkan dirinya tersesat masuk ke dalam dunia penulisan kerana dia bukanlah seorang yang pandai mengarang.

Siapa sangka, dua semester belajar jurusan tersebut membuatkan beliau mula jatuh cinta pada penulisan lalu mencabar diri menulis cerpen pada tahun 2007 bersama surat khabar Sabah;Daily Express. Meskipun begitu, beliau pasti hobi menyalin lagu popular radio semasa zaman sekolah menengah dahulu merupakan titik tolak kepadanya untuk mula menulis. Miliki blog juga twitter (@muhammadfatrim). Asrama ialah novel pertamanya bersama Fixi.


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI