Pengenalan
Buku Fixi adalah syarikat Malaysia yang menerbitkan karya novel urban kontemporari dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Mula ditubuhkan pada 2011, kami sudah menerbitkan hampir 300 tajuk. Beberapa buku kami telah diadaptasi kepada filem and siri pendek, dengan Gantung (2018) antara yang paling berjaya.
Jumlah Buku Fixi yang terjual setakat ini adalah kira-kira 3 juta naskhah (setakat Januari 2025), menjadikan Fixi antara penerbit fiksyen yang paling berjaya di Malaysia. 4 tajuk kami paling laku masing-masing terjual sebanyak 50,000 naskhah. Buku Fixi menjadi tumpuan media dengan aktiviti dan pencapaian antaranya memenangi anugerah di London Book Fair 2014.
Terjemahan
Kami aktif membeli hak cipta antaranya hak cipta novel Indonesia dan juga hak cipta terjemahan untuk penulis daripada USA, UK dan Jepun (Fixi Verso). Antaranya adalah Stephen King, Haruki Murakami, Lawrence Block dan John Green. Kami juga menjual hak cipta beberapa novel kami ke pasaran Indonesia. GARAM, tulisan Ruwi Meita adalah tajuk novel luar negara kami yang paling laris setakat ini (20,000 naskhah).
Selain daripada terjemahan antarabangsa, kami juga menerbitkan novel terjemahan untuk bahasa di dalam Malaysia sendiri seperti Tamil dan Mandarin yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu melalui label Fixi Lingo.
Kedai Fixi
Pada April 2015, kami berjaya membuka kedai fizikal kami sendiri, Kedai Fixi. Lokasi terkini adalah di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. Selain dari Buku Fixi sendiri, di sana terdapat pelbagai seleksi dari penerbit tempatan lain yang kami turut sediakan untuk memenuhi pasaran urban pembaca Bahasa Melayu dan Inggeris.
Sasaran audien kami sebagai penerbit dan kedai buku:
- Kebanyakkannya masyrakat urban antara 16 ke 25 tahun.
- Pelbagai kaum tapi kebanyakkannya Melayu
- Membaca kedua-dua bahasa, Melayu dan Inggeris.
- Pengguna tegar media sosial
- Mengemari hiburan platform lain seperti filem, muzik, fesyen dan gaya hidup.
Capaian kami (setakat Januari 2025)
- Lebih 120,000 peminat di Facebook
- Lebih 100,000 pengikut di Twitter (kini dikenali sebagai X)
- Lebih 50,000 pengikut di Instagram
- 20,000 pengikut di TikTok
Hubungi:
Amir Muhammad
Buku Fixi
B-8-2A Opal Damansara
Jalan PJU 3/27
47810 Petaling Jaya
m. +601123651972
info@fixi.com.my