
KATEGORI | BUKU |
---|---|
PENULIS | TIADA |
PENERBIT | BUKU FIXI |
GENRE | UMUM |
BIL. HALAMAN | 340 |
ISBN | 9786297693200 |
Ketika berusia enam tahun, Sarah berubah menjadi genius selepas datang seorang lelaki
asing yang masuk ke biliknya pada satu malam di St. Petersburg, Rusia. Dari seorang
gadis kecil yang tidak pandai membaca, Sarah tiba-tiba mampu menulis kod-kod program
komputer dan menghalang serangan hacker di syarikat tempat ibu bapanya bekerja.
Semuanya kerana program ciptaan lelaki tersebut yang dimasukkannya ke dalam otak
Sarah.
20 tahun kemudian, gadis itu kini seorang doktor di sebuah hospital di ibu kota. Sebuah
kejadian letupan di dewan bedah tempat Sarah bekerja menyebabkan dia tiba-tiba
dijadikan suspek. Berbekal kepintarannya, Sarah bertekad untuk mencari dalang di sebalik
kejadian itu. Perjalanan itu akhirnya membawanya kembali ke Rusia. Tapa disangka, ada
bahaya yang sedang menantinya di sana.