
KATEGORI | BUKU |
---|---|
PENULIS | MUHAMMAD FATRIM |
PENERBIT | BUKU FIXI |
GENRE |
|
BIL. HALAMAN | 290 |
ISBN | 9789670042121 |
Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim?
Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan 'Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dulu.
Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi 'sesuatu'?
Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni?
MUHAMMAD FATRIM lahir di Beaufort, Sabah dan kini menetap di Kuala Penyu, Sabah. Mengambil jurusan Penulisan Kreatif di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam (FITA) tanpa dirancang. Peminat novel Enid Blyton dan novel Melayu thriller ini mengibaratkan dirinya tersesat masuk ke dalam dunia penulisan kerana dia bukanlah seorang yang pandai mengarang.
Siapa sangka, dua semester belajar jurusan tersebut membuatkan beliau mula jatuh cinta pada penulisan lalu mencabar diri menulis cerpen pada tahun 2007 bersama surat khabar Sabah;Daily Express. Meskipun begitu, beliau pasti hobi menyalin lagu popular radio semasa zaman sekolah menengah dahulu merupakan titik tolak kepadanya untuk mula menulis. Miliki blog juga twitter (@muhammadfatrim). Asrama ialah novel pertamanya bersama Fixi.