Pada umur 17 tahun, Theeban lari dari kampung setelah bergaduh dengan ibu bapanya tentang sebuah basikal.
Dia
berpindah ke Kuala Lumpur. Mula-mula dia menginap dengan orang
sekampungnya Abang Durai. Namun ada harimau di dalam dirinya yang
inginkan hidup yang lebih liar.
Kali pertama dia jejak kaki ke
kawasan Chauwat, dia gementar. Chauwat adalah zon gelap di mana semuanya
dapat dibeli, dan kesucian hati takkan tahan lama. Pengalamannya
dipukul samseng bernama Kaasi membuka jalan untuk dia bekerja sepenuh
masa di kawasan itu: mula-mula di pasar menjual barang tiruan, kemudian
membuat kerja-kerja yang jauh lebih bahaya.
Dia bermesra dengan
Sarah, seorang penari dalam komuniti pelacur, yang dikawal wanita penuh
mister yang digelar Ibu. Apabila tubuh dan otak Theeban disumpah
kelemahan yang aneh dan mengaibkan, dia ingin lari dari sana. Namun dia
tahu, bukan mudah untuk mana-mana lelaki lepas daripada cengkaman Ibu.