Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

Blog Terkini

Certot Fixi

2015-01-14 08:55:10

Rabu, 14 Januari, 10am:

Pertandingan certot (cerpen kontot) akan diadakan setiap kali kami umumkan novel baru. Dulu pernah buat tapi tak konsisten; kini kemba

Baca Sepenuhnya...

Statistik Jualan Di Popular Berbanding Kedai Online Buku Fixi

2013-01-11 23:42:38

Popular ialah rangkaian kedai buku terbesar di Malaysia, dengan lebih 70 cawangan di seluruh negara termasuk di Semenanjung Malaysia. (Terlalu klise untuk kata "termasuk Sabah & Sarawak" kan?)

Apabila Popular tak senang dengan dua judul Fixi iaitu MURTAD dan HILANG pada Ogos 2012, lantas tidak sudi menjual dua novel itu, kebimbangan kami ialah periuk risotto kami akan terjejas. Tetapi sesuatu yang aneh berlaku. Pada bulan November 2012, MURTAD masuk cetakan kedua. Dan pada bulan ini (Januari 2013) HILANG juga masuk cetakan kedua. Ini membuktikan bahawa cetakan pertama kedua-dua novel ini mampu soldout biarpun 70+ kedai tidak menjualnya.

Benda yang sama berlaku kepada CERPEN NADIA KHAN yang dicetak pada bulan September 2012 tapi diulangcetak hanya dua bulan setelah itu – biarpun Popular tidak menjual buku ini.

Kemudian kami mendapat statistik jualan semua buku Fixi di rangkaian Popular dari April 2011 (penubuhan Fixi) ke September 2012. Rupa-rupanya jualan total Fixi sepanjang 18 bulan itu di seluruh rangkaian Popular ialah 7,353 buku (paling tinggi KELABU 940 bijik; paling rendah SITORA HARIMAU JADIAN h

Baca Sepenuhnya...

7 Teori Untuk Menerangkan Mengapa Pihak Popular Tak Jawab Emel Fixi

2013-01-10 00:57:15

Pelbagai reaksi dah diberi kepada post semalam yang mendedahkan usaha (gigih!) pengurus Fixi untuk mendapatkan jawapan pihak Popular mengenai keengganan (atau kelembapan) rangkaian kedai itu untuk mengambil 5 judul Fixi yang terbaru. Reaksi tersebut ada dalam Facebook, Twitter & komen post itu sendiri.

14 emel telahpun dihantar (dari 10 Disember 2012 ke 9 Januari 2013 – dua tahun, you!) kepada empat pengurus Popular. Penjelasan diminta samada 5 buku berkenaan akan diambil oleh Popular atau tidak. Itu saja. Mereka hanya perlu jawab "Ye kami akan amik tapi lambat skiiit, tengah sibuk gil

Baca Sepenuhnya...

Emel Yang Dihantar Oleh Fixi Kat Rangkaian Kedai Popular 14 Kali

2013-01-09 00:58:09

Lewat tahun lepas, kami perasan yang rangkaian buku Popular masih belum mengambil 4 buku kami yang terbaru (ketika itu): CERPEN NADIA KHAN, GERGASI, MENTAL dan MANGSA. Jadi pengurus Fixi menghantar emel kepada 4 staf di Popular yang bertanggungjawab untuk pengambilan buku.

Emel yang pertama dihantar pada 10 Disember:

Apabila tiada jawapan, emel peringatan dihantar 2 hari kemudian.

Kedua-dua emel itu dihantar ke Azrina Aziz yang merupakan Penolong Pengurus Perdagangan Jabatan Bahasa Melayu, Popular Book Co. (M) Sdn Bhd. Apabila MURTAD dan HILANG tidak diambil oleh Popular dulu, dialah yang menghantar emel kepada Fixi untuk menerangkan sebabnya (dan dia faham bahawa emel itu adalah untuk hebahan umum). Emel itu telah diterbitkan di alam maya dengan persetujuannya pada 7 Ogos 2012. Buku Fixi menerima keputusannya dan membalas emel itu. Emel balasan itu turut diterbitkan di Internet.

Tapi setelah emel kedua ini tidak dijawab, timbul persoalan: Adakah Azrina masih orang yang tepat untuk menjawab hal berkaitan pengambilan 'novel Melayu' di Popular? Mungkin dia dah naik pangkat atau bertugas di bahagian lain. Jadi emel pun dihantar kepada Mr. Chew Cheong Tat, Pengurus Perdagangan Popular.

Emel

Baca Sepenuhnya...