
KATEGORI | BUKU |
---|---|
PENULIS | SHAZ JOHAR |
PENERBIT | BUKU FIXI |
GENRE | UMUM |
BIL. HALAMAN | 292 |
ISBN | 9789672328353 |
Kerana desakan hidup, Lela Palatute yang baru berusia 12 tahun telah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua oleh ibunya sendiri. Dia kemudian terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dalam sebuah banglo mewah yang diwarisi suaminya, jauh dari kehidupan lamanya sebagai remaja yang masih bersekolah.
Semasa menerokai banglo itu dan kawasan sekitarnya, dia telah bertemu seorang wanita tua yang mahu membunuhnya serta makhluk misteri di dalam loteng yang sering mengikutnya ke mana-mana. Enggan terus hidup diselubungi misteri, Lela merancang cara untuk kembali kepada kehidupan asalnya dan keluar daripada malapetaka yang sedang berlaku.
SANCTUARIA buku Shaz Johar yang kelima selepas KOUGAR, TABU (telah dikombokan menjadi KOMBO KOUGAR + TABU), MENTAL dan CERPEN SHAZ JOHAR. Kesemuanya terbitan Buku Fixi. Kepada yang ingin mengikuti senda gurau dan lawak tawa penulis simbol seks ini, dia sering ditemui berkicau di laman Twitter @malayrhapsody dan gambar-gambar selfienya boleh ditatap dengan penuh mesra di akaun Instagram shazjohar.