9 tahun Khalis terperangkap di masa lalu akibat diari merah itu.
Khalis
ingin kembali ke masa asalnya namun dia tidak tahu bagaimana. Dia takut
andai dia gunakan diari itu untuk mengubah takdir, akan ada kesan yang
lebih buruk menimpa diri dan orang di sekeliling.
Apabila muncul
orang-orang yang mengaku mereka juga terperangkap seperti dia, Khalis
ragu-ragu. Adakah patut dia mempercayai mereka atau perlukah dia
melindungi diari tersebut agar tidak disalahgunakan oleh sesiapa pun?
Bagi Khalis, dia hanya ada dua pilihan; memilih untuk terus bersembunyi atau mengambil risiko dalam meraih kebahagiaan.
Sekiranya kita diberi peluang sedetik lagi demi bersama orang yang tersayang, apakah harga yang sanggup kita bayar?