Biasanya,
kita akan lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu ialah
Ekstrovert – yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan
dikenali ramai orang. Satu lagi ialah Introvert – yang kelihatan pasif,
pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.
Adakah
menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert
perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya pada masa
hadapan?
Hakikatnya, setiap orang daripada kita mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu dikenal pasti dan digilap potensinya.
‘Pendiam?’
menampilkan situasi biasa yang dilalui Introvert dalam masyarakat
berserta kupasannya – agar personaliti ini lebih difahami dan dirai
dengan kekuatan yang mereka ada.