KATEGORI | BUKU |
---|---|
PENULIS | NADIA KHAN |
PENERBIT | BUKU FIXI |
GENRE | UMUM |
BIL. HALAMAN | 288 |
ISBN | 9789672328742 |
Sekuel kepada novel bestseller KELABU.
Kalau ada yang sudi bertanya – warna apa yang aku pilih untuk melambangkan diri dan keadaan aku sekarang... aku akan pilih biru. Ada suatu ketenangan yang aku cuba capai dan kesedihan yang aku cuba lupakan dengan warna biru.
Kalau aku jawab bagi pihak Amir – aku akan pilih kelabu. Tapi mungkin juga, warna tu sesuai untuk aku...
Nadia Khan a.k.a Neddo Khan (atau nama mengikut I.C. birunya, Nadia binti Mohamad Hatta) telah ditanya oleh seorang wartawan ketika mendapat 4A untuk UPSR, “Apa cita-cita adik?” dan dia dengan penuh yakinnya menjawab, “Penulis.”
Jawapan itu tak pernah tersiar di suratkhabar. Mendapat pendidikan formal di Petaling Jaya, Kuching, Taiping, Shah Alam, Seremban, Batu Pahat - dan pendidikan tidak formal di setiap langkah, di mana saja. Lulus M.B.B.S. pada tahun 2009, cita-cita yang dijawab pada umur 12 tahun itu terus dikejar sehingga terhasilnya KELABU, novelnya yang pertama. Pada tahun 2012 muncul buku CERPEN NADIA KHAN dan GANTUNG pada 2013.