Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

FANTASTIK

  • FANTASTIK

RM 16.90 RM 19.90

Item tidak tersedia.

Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS HASRUL RIZWAN
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE BACAAN UMUM
BIL. HALAMAN 252
ISBN 9789672128892
Cinta tidak pernah memihak kepada Ali walau bagaimana pun dia mencuba. Dia bagaikan terkena sumpahan. Ali kini mengetahui silapnya. Bukan karma, sial atau saka keturunan yang menempel di tubuhnya. Ali menyedari dirinya terlalu baik untuk gadis.
Bermula malam tahun baru, pada detik yang menghimpunkan segala kedukaan setelah ditinggalkan kekasihnya, Anita (Instafemes sendu suam-suam kuku), Ali berazam untuk menjadi lelaki baru yang bangkit dari abu. Ali mahu jadi bad boy. Menjadi lelaki paling liar dan fantastik yang merobohkan hati gadis yang pernah menolak cintanya dahulu.

Muat Turun Bab Awal

Hasrul Rizwan yang juga dikenali dalam dunia siber sebagai Mat Gorn, seorang blogger yang penyegan untuk menaik muat posting terbaru di manapiranha.blogspot.com. Dilahirkan di Mahang, Kedah dan dibesarkan di Melaka sejak kecil selama 16 tahun di sebuah Kem tentera Komando, Hasrul disajikan dengan aksi para tentera semenjak kecil. Bergelut melihat darah, bertarung hidup dan kaya dari segi selok belok ketenteraan menjadikannya seorang pencerita yang lantang.

Separuh umurnya dihiburkan di dalam kem bersama teman yang sama, berbual perkara yang sama dan bermain dengan permainan yang sama cukup membuatkan Hasrul untuk baligh awal dari masanya. Ya, Seorang cerpenis dalam genre Komedi hitam, satira, erotika dan juga bercorak fast paced. Murtad adalah cubaan pertamanya untuk keluar dari daerah cerpen yang telah bertahun beliau berkasih sayang.


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI