Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

CEKIK

  • CEKIK

RM 15.30 RM 18.00


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS RIDHWAN SAIDI
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE BACAAN UMUM
BIL. HALAMAN 258
ISBN 9789671038420

Cetakan semula sempena PBAKL 2020.

Tahun 2020, di Bandar. Warith, pemuda berusia 16 tahun, menerima berita pembunuhan bapanya di Kampung melalui telefon. Imbas kembali Warith sewaktu kecil menonton video porno milik bapanya.

Warith kini bersekedudukan dengan teman wanitanya Suria, yang berusia 32 tahun. Dari jendela apartment mereka, Menara Warisan Merdeka kelihatan agam.

Warith pulang ke Kampung dengan Suria. Di kawasan perkuburan, mereka didatangi Detektif Anthony, yang pernah mengenali Suria sewaktu sama-sama gila-gila remaja. Mereka kemudian ke tempat pembunuhan, di mana beberapa rahsia lain akan terbongkar.

CEKIK ialah hidangan pascamoden yang memeranjatkan. Ia mengajak kita merasai apa itu nafsu, apa itu kota, apa itu mi Maggi, McDonalds, khutbah, tudung dan juga liwat.

Ridhwan Saidi dibesarkan di sekitar Lembah Klang memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Senibina) daripada UiTM. Beliau pernah bekerja bersama arkitek vernakular tersohor tanah air untuk menyedari bahawa perkembangan fikirasa senibina di negara ini juling. Beliau kemudian beralih menulis esei mengenai senibina dan sinema dan mula menghasilkan filem pendek

secara amatur. Filem-filem pendek beliau pernah ditayangkan di Malaysian Shorts, Filmmaker Anonymous, Maskara Shorties dan beliau baru-baru ini mewakili Malaysia di Filmapalooza 2011, Miami International Film Festival. Dunia penulisannya masih lagi berada pada tahap pra-matang melalui esei-eseinya yang terselit di dalam antologi Orang Macam Kita, New Malaysian Essays 2, dan terutamanya di blog Bin Filem dan samizdat terbitan beliau dan rakan-rakan. Ridhwan Saidi gemar berfoya-foya dengan idea.


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI