Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

SAYEMBARA FIXI 3

SAYEMBARA FIXI 3

Kami mencari 6 penulis!

Hadiah: Pendahuluan royalti RM5,000

Tarikh tutup: 30 Jun 2021

Syarat:

1. Manuskrip 50,000 - 70,000 perkataan dalam Bahasa Malaysia. Penggunaan bahasa lain secara minima dibenarkan. 

2. Asli dan tak pernah diterbitkan.

3. Tempat lahir, status pendidikan, kewarganegaraan dan tahap ketampanan / kecantikan penulis tak penting. Saiz font / typeface dan spacing juga tak penting.

4. Penulis hendaklah berumur antara 18-30 tahun pada tahun 2021. 

5. Penulis belum pernah terbitkan novel dengan mana-mana syarikat penerbitan. Kalau pernah buat novel swaterbit atau buku dalam genre selain novel, dibenarkan.

6. Genre adalah bebas selagi dirasakan sesuai untuk pembaca Fixi.

7. Sila emel tiga attachment ini kepada info@fixi.com.my:

a) Manuskrip penuh (tanpa nama penulis)

b) Sinopsis 1 mukasurat (tanpa nama penulis)

c) Butir diri: nama, biodata, umur, alamat, no tel & no akaun bank.

8. Penyertaan dibuka hanya kepada mereka yang telah membeli 6PackFixi di website kami (klik pautan). Harganya RM99 termasuk pos dan kesemua 6 buku akan dipos kepada anda. Sila nyatakan nombor tempahan anda (nombor 5 digit bermula dengan '2') semasa menghantar emel penyertaan novel kepada kami. Pembelian hendaklah dalam tempoh 1 Jan - 30 Jun 2021.

9. Selain 6 pemenang, hakim juga berhak mengiktiraf beberapa manuskrip lain sebagai penerima saguhati (tak lebih daripada 6). Penerima saguhati akan diterbitkan sebagai novel Fixi sepanjang 2022 & 2023 dan akan menerima royalti berdasarkan jualan.

10. Selepas tempoh sayembara ini, kami tidak akan menerima sebarang manuskrip oleh penulis baru hingga penghujung 2022. 

11. Senarai manuskrip yang diterima akan diumumkan (hanya tajuk dan nombor pesanan; nama penulis dirahsiakan) dari masa ke masa sebagai pembakar semangat. (Klik pautan)

Panel hakim: Shaz Johar & Hani Suraya

Tarikh pelancaran serentak keenam-enam novel: PBAKL 2022.

Moga sukses!