Untuk mencari orang yang hilang, Idris kena kumpul ektoplasma yang ditinggalkan orang itu sehingga sebesar limau purut.
Dan untuk mendapatkan benda yang tak boleh dilihat mata kasar manusia tu, dia telah mencipta sepasang kaca mata istimewa. Yang mempunyai fungsi seperti mesin sonogram, tapi untuk melihat benda ghaib.
Pencariannya bagaimanapun tidaklah mudah. Lagi-lagi bila dia terpaksa berhadapan dengan gangguan lain seperti hantu yang mengganas, PenKed, SCAM, eksperimen silam yang mungkin berulang kembali, drama percintaan remaja, dan konflik dalamannya sendiri.
Syafiq Aizatdalam bahasa basahannya, ‘Sapit’, lahir di Johor, dan membesar di bandar Kuantan, Pahang. Penyebar ideologi aneh di Twitter (@yo_sapit). Manusia biasa yang konon merasakan dirinya hidup dalam persekitaran luar biasa, setiap masa percaya segala yang ada cuma pinjaman dari Yang Maha Esa untuk dimanfaatkan bersama dan akan ditanya pada hari perhitungan nanti. Yakin bawahawa walau berapa besar pun angka pada umurnya, dia akan sentiasa menjadi ‘anak kecil’ emak.