Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

MEREKA

  • MEREKA

RM 25.20 RM 28.00


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS ARIFF ADLY
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE UMUM
BIL. HALAMAN 324
ISBN 9786297693248

Ada orang kat dalam ke?” teriakku, sambil mengetuk pintu tandas. 

Bulu roma aku tiba-tiba berdiri. Aku mula berganjak ke belakang. Mungkin aku silap dengar. 

Tiba-tiba satu suara tangisan masuk ke dalam telinga. Aku kembali merapatkan diri pada pintu tandas, dan mengetuknya. “Ada orang kat dalam ke?”

Suara tangisan itu masih ada. Aku menarik nafas dalam-dalam, dan menolak perlahan-lahan pintu tadi.

“Cik, saya nak masuk ni. Cik okay ke?” 

Tangisan tadi datangnya dari kubikel keempat yang letaknya di hujung. Setibanya aku di hadapan pintu keempat, tangisan itu berhenti. 

“Cik? Cik okay ke? Tempat ni dah nak tutup dah. Apa kata…” 

“Hik!” Selepas beberapa ketika, suara tangisan itu diganti dengan suara baru. “Hik. Hik. Hihihihi! Hik!” 

Ah, ni sial.

Ariff Adly — Nama yang diberi sejak lahir, namun lebih selesa dipanggil Kidd. Mohon jangan ditanya kenapa. Bekas pelajar lepasan KPMB dalam jurusan Higher National Diploma (HND) in Computing Software Development. Berasal dari negeri bendera merah biru, Johor, Darul Ta'zim. Seorang introvert yang selesa hidup dalam dunia sendiri. Suka menakut-nakutkan (atau menjengkelkan) kawan- kawan melalui Twitter @kiddkiid. Punya banyak imaginasi liar yang masih belum dikongsi. Insya-Allah satu hari nanti (jika ada rezeki). 


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI