KATEGORI | BUKU |
---|---|
PENULIS | ISMI FA ISMAIL |
PENERBIT | BUKU FIXI |
GENRE | UMUM |
BIL. HALAMAN | 312 |
ISBN | 9789670042824 |
Seperti kebanyakan pasangan kembar seiras, hubungan antara Adam dan Muhammad sangat
erat. Ada ikatan batin yang kuat mengikat mereka sehingga apa yang dirasakan salah seorang
juga turut akan dirasai pasangan kembarnya.
Adam dan Muhammad membesar menjadi remaja yang kacak dan pintar, walaupun kadang-
kadang agak nakal. Mereka berkawan baik dengan Raif dan Danish, dua sahabat dari latar
belakang berbeza, namun keakraban mereka terjalin seperti adik-beradik yang selalu bersama.
Mereka berempat pergi ke Kampung Gerbang Pusara untuk membantu Danish menyiapkan
sebuah dokumentari tentang Kubur Terapung. Perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan itu
bertukar tragedi apabila pada suatu malam, pasangan kembar itu menghilang dari khemah
mereka..