Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

7 TEORI UNTUK MENERANGKAN MENGAPA PIHAK POPULAR TAK JAWAB EMEL FIXI

Pelbagai reaksi dah diberi kepada post semalam yang mendedahkan usaha (gigih!) pengurus Fixi untuk mendapatkan jawapan pihak Popular mengenai keengganan (atau kelembapan) rangkaian kedai itu untuk mengambil 5 judul Fixi yang terbaru. Reaksi tersebut ada dalam Facebook, Twitter & komen post itu sendiri.

14 emel telahpun dihantar (dari 10 Disember 2012 ke 9 Januari 2013 – dua tahun, you!) kepada empat pengurus Popular. Penjelasan diminta samada 5 buku berkenaan akan diambil oleh Popular atau tidak. Itu saja. Mereka hanya perlu jawab "Ye kami akan amik tapi lambat skiiit, tengah sibuk gilababs skrg nih!" atau "Sorila noks, kami tak hingin amik buku ko tu." Malangnya, satu emelpun tak dijawab. Peringatan-peringatan di Facebook rasmi mereka pun tak dilayan.

Antara teori yang dilontarkan oleh pembaca Fixi mengenai gejala ini ialah:

1. Kesemua emel Fixi masuk dalam folder Spam Popular (*aneh kalau ia berlaku kepada keempat-empat pengurus itu dalam tempoh satu bulan)

2. Fixi sepatutnya pujuk dan rayu para pengurus Popular supaya pintu hati mereka terbuka untuk menerima Fixi kembali (*maaf, istilah seperti 'pujuk' dan 'rayu' dan 'pintu hati' seharusnya wujud dalam novel cinta dan bukannya urusan bisnes abad ke-21). 

3. Semua buku Fixi mulai GERGASI hingga kini dan seterusnya memang di'gam' atau diharamkan oleh Popular (*kalau begitu, mengapa kami tidak diberitahu secara rasmi?)

4. Lima buku terbaru tu memang kesat dan kasar dan Popular nak lindungi pembeli-pembeli di kedai mereka daripada dicabuli (*tetapi 5 buku itu ditulis oleh penulis yang mana novel mereka yang sebelumnya masih dijual di Popular. Contohnya KELABU dan PECAH dan NGERI masih dijual di beberapa cawangan Popular tapi buku oleh penulis sama, iaitu CERPEN NADIA KHAN, CERPEN KHAIRULNIZAM BAKERI dan MANGSA tidak dijual. Apakah penulis berkenaan 'tetiba' jadi kesat dan kasar hanya untuk buku mereka yang kedua?) 

5. Keempat-empat pengurus itu terlalu sibuk untuk bukak atau jawab emel (*bukankah menjawab emel itu sebahagian daripada kerja rutin abad ke-21?) 

6. Keempat-empat mereka telah mengambil cuti panjang (*untunglaaaa siapa dapat kerja dengan syarikat yang beri cuti sebulan). 

7. Keempat-empat mereka telah meninggal dunia (*jika ini benar, diharap roh mereka tenang di sana).