Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

EMEL YANG DIHANTAR OLEH FIXI KAT RANGKAIAN KEDAI POPULAR 14 KALI

Lewat tahun lepas, kami perasan yang rangkaian buku Popular masih belum mengambil 4 buku kami yang terbaru (ketika itu): CERPEN NADIA KHAN, GERGASI, MENTAL dan MANGSA. Jadi pengurus Fixi menghantar emel kepada 4 staf di Popular yang bertanggungjawab untuk pengambilan buku.

Emel yang pertama dihantar pada 10 Disember:

Apabila tiada jawapan, emel peringatan dihantar 2 hari kemudian.

Kedua-dua emel itu dihantar ke Azrina Aziz yang merupakan Penolong Pengurus Perdagangan Jabatan Bahasa Melayu, Popular Book Co. (M) Sdn Bhd. Apabila MURTAD dan HILANG tidak diambil oleh Popular dulu, dialah yang menghantar emel kepada Fixi untuk menerangkan sebabnya (dan dia faham bahawa emel itu adalah untuk hebahan umum). Emel itu telah diterbitkan di alam maya dengan persetujuannya pada 7 Ogos 2012. Buku Fixi menerima keputusannya dan membalas emel itu. Emel balasan itu turut diterbitkan di Internet.

Tapi setelah emel kedua ini tidak dijawab, timbul persoalan: Adakah Azrina masih orang yang tepat untuk menjawab hal berkaitan pengambilan 'novel Melayu' di Popular? Mungkin dia dah naik pangkat atau bertugas di bahagian lain. Jadi emel pun dihantar kepada Mr. Chew Cheong Tat, Pengurus Perdagangan Popular.

Emel itu tidak dijawab, jadi emel ke-4 dihantar. Pada masa ini, buku Fixi yang terbaru iaitu CERPEN KHAIRULNIZAM BAKERI telahpun keluar.

Emel ke-5:

Inilah emel ke-6:

Ke-7:

Ke-8:

Ke-9:

Ke-10:

Ke-11 (dah masuk tahun 2013):

Ke-12:

Ke-13:

Dan emel yang ke-14. Emel ini dihantar pada 9 Januari; sebulan setelah emel pertama tadi.

Selain emel (mungkin server emel Popular rosak?) beberapa peringatan mesra turut ditinggalkan di laman Facebook Popular, di bawah petikan-petikan motivasi atau lucu yang selalu dikongsi oleh admin FB tersebut.

Mula-mula pada 17 Disember:

Kemudian 19 Disember:

Kemudian 21 Disember:

Kemudian 28 Disember:

Kemudian 2 Januari:

Dan akhirnya 4 Januari:

Semua komen Facebook tersebut tidak dijawab.

Ini berbeza sekali dengan laman Facebook yang dikendalikan oleh sebuah rangkaian kedai yang lain: