Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

MEMPERKENALKAN ... FIXI VERSO

Fixi Verso ialah label syarikat Buku Fixi untuk menterjemahkan novel-novel bestseller antarabangsa untuk pasaran Malaysia.

Kami beri tumpuan kepada novel baru (selalunya tak melebihi 3 tahun) yang difikir (atau diharap!) dapat menepati selera pembaca Fixi secara khususnya dan pembaca Malaysia secara amnya. Tiada elemen yang akan diubah atau disunting daripada novel asal, tetapi nota kaki akan ditambah bila dirasakan perlu untuk menerangkan beberapa terma.

Jika anda ada cadangan novel untuk diterjemah atau — lebih chantek lagi — jika anda ingin menjadi penterjemah untuk kami, ikutilah perbualan di Facebook.com/FixiVerso atau emel kami di [email protected]. Penterjemah akan dibayar dengan royalti dan — lebih penting — akan mendapat kepuasan dek menambahkan lagi khazanah pembacaan dalam bahasa kebangsaan negara bertuah ini.