Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?
Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.
Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.
Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA.
Penulis: Adib Zaini
berdasarkan cerita asal MJ Woo
ilustrasi: Ho Sui-Jon
307 mukasurat
RM20 Diskaun 15% di Kedai Fixi
Cetakan Pertama: Oktober 2011
PENGUMUMAN!
Terdapat ralat desain pada cetakan kedua ZOMBIJAYA yang melibatkan page211 dan 212. Jika anda ingin baca apa yang ‘ditutup’ oleh ilustrasi itu, sila lihat ini:
Jika anda ingin menukar buku cetakan ke-2 dengan cetakan ke-3, sila pos buku anda ke alamat Buku Fixi (yang ada pada page 4) dan kami akan pos balik buku yang tidak ada kesilapan ini! Maaf sesangaaaat!
Biodata Penulis:
Adib Zaini membesar di merata tempat di Lembah Klang dari Klang, ke Subang Jaya, ke Cheras, dan kini menetap di Sungai Buloh. Diplomanya tersimpan di dalam laci, tidak digunakan sejak tahun 2009. Sejak kecil lagi dia memang gemar berimaginasi. Selepas membaca karya seorang penulis botak lain yang bernama Brian K. Vaughan, dia mula menulis imaginasinya ke atas kertas (ataupun dalam bentuk 1 dan 0). Lima tahun kemudian dia mencuba nasib dengan menghantar karyanya ke Buku Fixi. Hasilnya, ZOMBIJAYA menjadi novel pertamanya. Kini dia masih, dan akan terus berimaginasi lagi selama yang mungkin.


Ikutilah Kami!