Aug 072012

Sebuah novel oleh penulis misteri #1 Indonesia.

Maryati rasa seperti Cinderella setelah berjaya menakluk hati Supriyadi Cokronegoro — lelaki bangsawan kaya dan tampan yang banyak dikejar perempuan lain. Status Supriadi yang duda bukanlah masalah utama, sebelum timbul soal bagaimanakah isteri pertamanya dulu meninggal!

Mengapa Supriyadi selalu mahu merahsiakan kehidupan perkawinannya dengan Lili Handoko? Mengapa setiap kali Maryati bertanya, dia marah? Maryati tiba-tiba menghadapi banyak hal yang
mencurigakan. Salah satu di antaranya adalah perempuan jelita yang bernama Ester Rumilah. Betulkah dia cuma salah seorang pekerja di kilang milik Supriyadi, atau dia didorong oleh agenda lain? Begitu banyak pertanyaan sampai jatuh korban pembunuhan berikutnya…

Kapten Polis Kosasih dan sahabatnya, bekas penjenayah Gozali, kemudian tampil untuk mencungkil rahsia yang cuba disorok oleh si SUAMI…

Penulis: S. Mara Gd

Diterjemah daripada Bahasa Indonesia oleh Nabila Najwa

313 mukasurat / RM19.90 / Diskaun 15% atau Diskaun 20% Jika Dibeli Bersama ISTERI

RM14 Dalam 6-Pack Fixi

ISBN: 978-967-0374-13-0

Cetakan pertama: Ogos 2012

Baca 3 bab pertama SUAMI di sini

Biodata Penulis:

Bermula dengan menterjemahkan novel-novel Agatha Christie ke dalam Bahasa Indonesia, S. Mara Gd kemudian menulis novel pertamanya, Misteri Dian yang Padam yang diterbitkan tahun 1985. Tokoh yang diciptakannya adalah seorang kapten polis bernama Kosasih dan sahabatnya yang punya latar belakang hitam, Gozali. Sejak itu lebih 30 novel tentang penyiasatan Kosasih dan Gozali terhasil dalam masa 3 dekad. Lokasi ceritanya umumnya mengambil tempat di Surabaya dan sekitarnya. Pada tahun 2012, Buku Fixi mula menterjemahkan novel-novelnya untuk pasaran Malaysia, bermula dengan SUAMI (judul asal: Misteri Rahasia Seorang Suami, 1986) dan ISTERI (judul asal: Misteri Dendam Seorang Istri, 1989).

© 2012 Buku Fixi | Hubungi kami di bukufixi@gmail.com Suffusion theme by Sayontan Sinha