Jul 272012

Antara matlamat – atau angan-angan – Buku Fixi bila mula-mula ditubuhkan ialah untuk menerbitkan siri murder mystery yang menampilkan protagonis penyiasat yang sama, dan untuk siri ini berlanjutan sampai puluhan novel!

Hampir setiap negara dengan tradisi fiksi pulp yang utuh ada siri sebegini. Di Britain yang paling dikenali ialah Agatha Christie yang sangat fofuler di Malaysia juga; kebanyakan bukunya menampilkan detektif profesional Hercule Poirot atau detektif sambilan Miss Marple. Antara yang unik pada zaman sekarang ialah siri tulisan Mehmet Murat Somer (Turki) yang menampilkan penyiasat yang merupakan seorang mak nyah yang pandai kickboxing; dan kisah Dr. Siri di Laos (oleh penulis mat Colin Cotterill) di mana penyiasat ialah seorang koroner berumur 70an yang boleh berhubung dengan alam ghaib.

Kami mendapat tahu tentang S. Mara Gd semasa lawatan ke Pesta Buku Jakarta tahun lepas. Sedikit pengenalan:

Bermula dengan menterjemahkan novel-novel Agatha Christie ke dalam Bahasa Indonesia, S. Mara Gd kemudian menulis
novel pertamanya, Misteri Dian yang Padam yang diterbitkan tahun 1985. Tokoh yang diciptakannya adalah seorang
kapten polis bernama Kosasih dan sahabatnya yang punya latar belakang hitam, Gozali. Sejak itu lebih 30 novel tentang
penyiasatan Kosasih dan Gozali terhasil dalam masa 3 dekad. Lokasi ceritanya umumnya mengambil tempat di Surabaya dan sekitarnya.

Info lanjut: Goodreads

sumber gambar

Melihat kulit-kulit depan asal novelnya sudah cukup memberi sensasi ‘pulp’ yang amat digemari oleh Fixi. Latarnya dunia yang ‘dewasa’ dengan watak-watak perempuan simpanan, gigolo, mak nyah dan sebagainya. Teknik penyiasatan lebih dekat dengan cara deduktif yang menekankan psikologi watak daripada cara forensik yang menekankan cara bukti dikumpul dan dianalisa. Ya, agak old-fashioned tapi pedas, kerana watak-wataknya agak warna-warni dan terdapat beberapa motivasi yang perverse.

Dua daripada novel yang terawal ialah:

Fixi mengambil keputusan untuk menterjemah dua novel ini ke dalam Bahasa Malaysia. Sesuai dengan konsep Fixi, judulnya diringkaskan:

Kerja membeli hak penterjamahan diselesaikan lewat tahun lepas. Penterjemah ialah Nabila Najwa yang juga bereskan DOSA.

Secara kebetulan, pada tahun ini. penerbit asal Gramedia mula melancarkan semula beberapa novel S. Mara Gd. Termasuk dua judul yang kami telah ambil:

Dengan ini, diharapkan pasangan penyiasat Ketua Polis Kosasih dan rakannya Gozali (seorang bekas perompak) akan dikenali bukan saja di kalangan pembaca Indonesia yang baru, tapi di Malaysia juga.

Jika pembaca Malaysia tertarik dengan dua buku ini, kami mungkin akan mengambil beberapa lagi judul S Mara Gd.

Dan jika ada penulis tempatan yang mahu mulakan siri murder mystery juga, kami akan menyambut dengan “Syukur!”

* Pembelian online untuk SUAMI dan ISTERI akan bermula pada 15 Ogos.

© 2012 Buku Fixi | Hubungi kami di bukufixi@gmail.com Suffusion theme by Sayontan Sinha