Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

TRILOGI NGERI #3: OBSESI

  • TRILOGI NGERI #3: OBSESI

RM 15.20 RM 17.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS GINA YAP LAI YOONG
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE BACAAN UMUM
BIL. HALAMAN 230
ISBN 9789670750705
Buku terakhir dalam trilogi NGERI.

Hampir tiga tahun kemudian, kes Ngeri dan Mangsa masih menghantui jiwa Detektif Hema. Dia tidak puas hati yang penjenayah itu terlepas begitu saja. 

Perihal yang sama juga menghantui Samuel dan Joanne yang pulang setelah menempa nama di Hollywood; Kiran yang mungkin mengetahui lebih daripada apa yang dia beritahu; dan Nazwan dan Natalia yang menghadapi konflik yang paling mencabar dalam hubungan mereka. 

Semua orang mempunyai obsesi masing-masing tetapi hanya satu obsesi yang akan memusnahkan segala-galanya. Siapakah pemangsa sebenarnya?

Muat Turun Bab Awal

Anak Malaysia berketurunan Cina, Gina Yap Lai Yoong, merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang novelis apabila novel debutnya diterbitkan pada tahun 2010 di bawah nama pena Geena Edora. Ramai yang hairan mengapa Gina memilih untuk berkarya dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, baginya bahasa hanyalah satu saluran untuk membuka cerita. Matlamatnya adalah untuk menjadi seorang penglipur lara yang petah bercerita.

Selain menulis novel, Gina juga merupakan seorang pereka grafik yang aktif dalam bidang pengiklanan. Dia juga menulis skrip untuk drama tempatan, siri kartun CingKus Blues dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut di laman web www.ginayaplaiyoong.com


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI