Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

TRILOGI NGERI #2: MANGSA

  • TRILOGI NGERI #2: MANGSA

RM 15.20 RM 17.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS GINA YAP LAI YOONG
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE BACAAN UMUM
BIL. HALAMAN 244
ISBN 9789670750699
Buku kedua dalam trilogi NGERI

Nazwan dan Natalia merupakan BFF. Dan juga FWB.

Hani dan Jo berkongsi persahabatan yang luar biasa. Ramai yang terlopong bila melihat mereka.

Detektif Hema masih obses dengan kes Ngeri yang dianggapnya tidak selesai. Obsesinya memakan diri.

Gadis-gadis mula ghaib dari seluruh pelosok Negara.

Inspektor Rashid pengetuai Pasukan OH (Orang Hilang) mencari. Suatu hari, anaknya juga turut lenyap...

Apakah kaitan semua kes hilang ini dengan sebuah rumah lodge terpencil di dalam hutan? 

Mungkinkah Jo yang bersalah? Atau mungkinkah mereka semua bakal menjadi mangsa seorang pembunuh bersiri yang kejam?

Muat Turun Bab Awal

Anak Malaysia berketurunan Cina, Gina Yap Lai Yoong, merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang novelis apabila novel debutnya diterbitkan pada tahun 2010 di bawah nama pena Geena Edora. Ramai yang hairan mengapa Gina memilih untuk berkarya dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, baginya bahasa hanyalah satu saluran untuk membuka cerita. Matlamatnya adalah untuk menjadi seorang penglipur lara yang petah bercerita.

Selain menulis novel, Gina juga merupakan seorang pereka grafik yang aktif dalam bidang pengiklanan. Dia juga menulis skrip untuk drama tempatan, siri kartun CingKus Blues dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut di laman web www.ginayaplaiyoong.com


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI