Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

TRILOGI BISIK #3: M

  • TRILOGI BISIK #3: M

RM 16.90 RM 19.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS SYAIHAN SYAFIQ
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE
  • MINDFUCK
  • PERSAHABATAN
  • PSIKOTIK
  • JENAYAH
BIL. HALAMAN 300
ISBN 9789670750606

Buku terakhir dalam trilogi BISIK.

Julia sudah dua kali terselamat. Dia berasa bagaikan baru sahaja usai keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Namun dia tahu bahawa dirinya merupakan jauh daripada benar-benar selamat. Ada seseorang yang masih lagi sedang memburunya dan memburu rakan-rakannya.

Mikael tidak mengetahui akan bahaya yang sedang direncana dengan rapi oleh seseorang di luar sana terhadapnya. Orang itu sedang menunggu waktu yang sesuai untuk bertindak, dan bila lagi waktu yang paling ampuh kalau bukan sekarang?

Hidup Julia dan Mikael akan bertemu, berlaga dan terhurai selengkap-lengkapnya dalam buku terakhir ini. Dari mana datangnya suara-suara yang sering menggangu Mikael, siapakah sebenarnya yang mahu membunuh mereka, dan lebih penting lagi, siapakah Nazzman dalam diri Mikael?

M untuk Mikael.

M untuk Mesti.

M untuk Mati.

Muat Turun Bab Awal

Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar lahir di Kelantan tetapi dibesarkan sepenuhnya di Pulau Pinang. Lima tahun di Penang Free School adalah katalis kepada minat untuk mula menulis. Mengambil jurusan TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia, namun masih mahu terokai bidang penulisan secara serius. Seorang penggemar kucing, teh tarik dan teater. Pencapaian terbaik dalam bidang teater setakat ini adalah tempat ketiga mewakili UKM untuk Festival Teater MAKUM 2011.

Punya blog ngomelsikit.blogspot.com dan twitter @shandye tetapi agak malas berada di atas talian. Pada tahun 2012, penulis menjalani praktikal di Alor Gajah, Melaka.


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI