Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

TRILOGI BISIK #2: KOYAK

  • TRILOGI BISIK #2: KOYAK

RM 16.90 RM 19.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS SYAIHAN SYAFIQ
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE
  • JENAYAH
  • PENYIASATAN
  • PSIKOTIK
  • MINDFUCK
BIL. HALAMAN 300
ISBN 9789670750590

Buku kedua dalam trilogi BISIK. 

Setahun berlalu dan banyak hal telah berubah. Mikael tahu dia sakit, dia mahu pulih. Dia diasingkan dan dirawat oleh Dr. Iesmawi. Perlahan-lahan Mikael tidak ingat akan rakan-rakannya yang dulu pernah akrab terhadapnya. Mindanya seakan dikoyak-koyak. Julia dan Shah hanya mahu melupakan mimpi ngeri yang mereka lalui dan mulakan hidup baru. Atas bantuan Fairudz, mereka bertemu kedamaian di bumi Labuan Namun ada pula yang koyak hatinya dan mahu membereskan apa yang belum sudah. Dia mahu memburu seseorang. Demi sesuatu yang tidak terlunas, dia sanggup lakukan apa saja untuk menjejaki Julia, Shah dan semestinya Mikael — walaupun harus membunuh.

Muat Turun Bab Awal

Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar lahir di Kelantan tetapi dibesarkan sepenuhnya di Pulau Pinang. Lima tahun di Penang Free School adalah katalis kepada minat untuk mula menulis. Mengambil jurusan TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia, namun masih mahu terokai bidang penulisan secara serius. Seorang penggemar kucing, teh tarik dan teater. Pencapaian terbaik dalam bidang teater setakat ini adalah tempat ketiga mewakili UKM untuk Festival Teater MAKUM 2011.

Punya blog ngomelsikit.blogspot.com dan twitter @shandye tetapi agak malas berada di atas talian. Pada tahun 2012, penulis menjalani praktikal di Alor Gajah, Melaka.


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI