Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

SUSPEK

  • SUSPEK

RM 16.90 RM 19.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS INAWZA YUSOF
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE
  • PENYIASATAN
  • PSIKOTIK
BIL. HALAMAN 308
ISBN 9789670374550

Annaredza — saksi berkebolehan unik, Ghaz Arman — penyiasat persendirian bermulut celupar, Bernard Alfredo — ketua unit khas yang komited dan Daus Anaqi — anak muda yang misteri. Semua terikat menjadi satu di dalam sebuah siri pembunuhan yang menguji.

Pembunuh melakukan kesilapan dengan membiarkan satu-satu saksinya Annaredza terus hidup. Atau mungkin dia mempunyai satu rancangan yang lebih besar?

Annaredza hanya ada Daus dan hidupnya sudah cukup teruk sebelum dia diberi peluang untuk berhadapan terus dengan pembunuh gila tu. Satu malam mengubah perjalanannya secara total dan kemudian orang yang terdekat dengannya turut menjadi mangsa. Ana tahu dia perlu lebih berhati-hati — kerana semua di kelilingnya merupakan SUSPEK. 

Muat Turun Bab Awal

Inawza Yusof dilahirkan, dibesarkan di Kedah dan kini menetap di Cyberjaya tanpa sepenuh kerelaan. Introvert yang teramat serta punya kemahiran lisan yang sangat mendukacitakan. Mempunyai ketinggian sederhana dan sentiasa memasang angan-angan untuk lebih tinggi daripada Rohana Yusof walaupun dah terlambat. Oh ya, tak juga bijak menerangkan perihal diri sendiri sehingga menulis biodata ini dirasakan terlalu sukar. 


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI