Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

SUMBAT

  • SUMBAT

RM 16.90 RM 19.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS FAIZAL SULAIMAN
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE
  • PSIKOTIK
  • MISTERI
  • MINDFUCK
BIL. HALAMAN 316
ISBN 9789670374215

Ramuan SUMBAT:

  • 250 ml Dendam, jenama “Silam”
  • 150 gm Rahsia Hitam
  • 50 gm Cinta, paket “Terhalang”
  • 3 sudu besar Air Mata
  • Setengah cawan Pengorbanan
  • 5 ulas Kesetiaan (dihiris nipis)
  • 8 kuntum Senyuman (sebagai hiasan)

Caranya:

Ayakkan 150 gm Rahsia Hitam dengan 50 gm Cinta Terhalang.Pastikan dapat tekstur halus. Pukulkan 250 ml Dendam Silam hingga kembang. Campurkan dengan adunan yang diayak tadi perlahan-lahan. Kacau rata. Selang selikan dengan setengah cawan Pengorbanan dan 3 sudu besar Air Mata. Bila sebati, masukkan hirisan Kesetiaan. Kacau dengan teknikfolding. Tuang ke dalam baking tray dan bakarlah sepuas hati. Hias dengan kuntum senyuman. Voila!

Muat Turun Bab Awal

Muhamad Faizal Sulaiman dilahirkan pada 1985 di Batu Pahat tetapi membesar sepenuhnya di Kota Tinggi, Johor. Mula menulis sejak zaman sekolah tetapi karyanya tak pernah tersiar di majalah sekolah. Mula merapu diSeindahDuniaKita sejak 2008 dan berkicau tak henti di Twitter (@faizalsulaiman) sehingga kini. Meminati aktres Maya Karin, melancong dan mencuba makanan baru, ketiga-tiga elemen ini terhimpun dalam SUMBAT yang juga merupakan novel pertamanya.


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI