Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

PERJALANAN

  • PERJALANAN

RM 16.90 RM 19.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS REGINA IBRAHIM
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE
  • CINTA
  • GENDER
BIL. HALAMAN 252
ISBN 9789670750330

Rozila pulang bercuti, kali ini lama sedikit. Tetapi pulangnya kali ini bukan untuk mengharapkan pengesahan keluarga, kawan-kawan atau saudara-mara.

Peduli apa dengan mereka? Entah apa mereka mengata di belakang aku, TUHAN saja yang tahu, bisik hatinya. Kalau semua perkara kena minta restu, minta izin, tidak ke manalah jawabnya.

Rozila. Orangnya kecil molek, simple, menarik, bersahaja dan boleh dikatakan bijak. Pembedahan menukar jantina dulu pun entah orang tahu, entah tidak.

Muat Turun Bab Awal

Regina Ibrahim seorang artis holistik yang dilahirkan di Bukit Mertajam pada 1964 dan merupakan bekas guru sekolah menengah. Beralih tumpuan kepada bidang pentas (mengacara majlis-majlis korporat) pada awal 90an. Beliau percaya pada kebebasan berkarya dan ketelusan apabila menulis dan melukis. Latarbelakang beliau di kampung dan pemerhatian dewasa beliau terhadap sifat manusia digarap dalam semua hasil karya. Masih lagi aktif di pentas dan sudah mula menulis panduan tentang transeksualisme di laman sosial dan buku-buku separa akademik. Perjalanan merupakan hasil fiksyen pertama yang diharap dapat membawa pembaca menilai kehidupan maknyah di Malaysia tanpa sebarang prejudis. 


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI