Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

PENTAS

  • PENTAS

RM 16.90 RM 19.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS ANUAR SHAH
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE
  • AGAMA
  • JENAYAH
  • MISTERI
BIL. HALAMAN 252
ISBN 9789670750439

Harut adalah ahli magik terulung di dunia. Harut mula terkenal apabila silapmatanya seakan-akan berasal dari dunia yang asing dari alam nyata.

Kemunculan Zulaikha, pembantu pentas Harut yang dikatakan juga adalah kekasihnya, sepatutnya menjadikan persembahan Harut lebih gah. Namun apa yang terjadi bukan seperti dirancang. Zulaikha hilang di hadapan mata semua orang di dalam satu persembahan di Dewan Filharmonik Kuala Lumpur dan tidak muncul semula.

Polis menangkap Harut dan menuduhnya sebagai pembunuh. Harut didakwa di Mahkamah Agung Kota Mega Kuala Lumpur oleh DPP Musa dan diadili oleh Hakim Fir. 

Dari pentas magik ke pentas mahkamah, Harut tentunya ada helah terakhir yang akan dipersembahkan kepada dunia.

Muat Turun Bab Awal

Anuar Shah adalah seorang penulis sepenuh masa yang kadang-kadang merasakan dia seorang peguam. Dia berkecimpung dalam bidang penulisan kerana dia gemar membaca. Selain membaca portal berita dan blog politik, sesekali dia membaca Twitter dan Facebook. Dia boleh dihubungi di Twitter dengan nama @kruel74 


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI