Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

LICIK (EDISI KEMASKINI)

  • LICIK (EDISI KEMASKINI)

RM 16.90 RM 19.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS SHAM HASHIM & JULIE ANNE
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE BACAAN UMUM
BIL. HALAMAN 295
ISBN 9789672128281

Setelah 5 tahun, Licik kembali sebagai edisi kemaskini dengan beberapa tambahan!

Dari usia yang muda, Fira telah diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi

con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya ke skim melarikan wang

hantaran, semuanya disapu. Namun kemewahan dua anak beranak ini

tergugat apabila seseorang muncul untuk membalas dendam. Mereka

terpaksa lari dan bersembunyi.

Peristiwa hitam yang berlaku merubah Fira menjadi seorang yang kejam. Dia
kembali ke ibu kota untuk memulakan langkah baru namun bertemu pula
dengan Sadik, si penipu kacak.

Bersama Sadik sebagai mastermind -- dan juga kekasih -- Fira mencipta dunia baru yang serba mewah tetapi berbahaya. Ketika satu persatu mangsa
tertipu, ada sesuatu yang mengintai si licik yang jelita itu. Apakah
penipuan Fira akan bertemu pengakhiran?

Sham Hashim mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Senibina. Selepas bekerja setahun di sebuah firma arkitek swasta, jiwanya tertekan kerana tidak dapat berkarya dalam penulisan. Berhenti kerja dan menyambung pelajarannya di Insititut Kesenian Jakarta dalam jurusan Penulisan Filem. Tidak sempat habis belajar, dia kembali ke Kuala Lumpur dan mulakan kerjayanya sebagai penulis skrip sepenuh masa.

Julie Anne anak kelahiran Kuching, Sarawak. Pernah aktif di alam maya tapi sudah lama tersesat dan belum jumpa jalan pulang. Mempunyai obsesi aneh terhadap Pasha Ungu. Licik ditulis kerana menulis novel adalah satu perkara dalam senarai Things To Do Before I Turn 30 nya. 


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI