Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

LANGKAH

  • LANGKAH

RM 16.90 RM 19.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS DAYANG NOOR
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE
  • CINTA
  • JENAYAH
BIL. HALAMAN 288
ISBN 9789672128106

Ada apa dengan Saleha?

Seksa sangat ke duduk dengan Maksu tu? Tak suka terkongkong dan kena tolong jual sate tiap-tiap malam? Dapat makan percuma, tak perlu bayar sewa bilikpun, Saleha tetap tak gembira. 

Marah sangat ke dengan Abang Hafiz yang tak izinkan dia kerja kilang? Atau bengang sebab abang kandung sendiri dah khianati janji?

Saleha ada cita-cita. Jadi apa yang Saleha harapkan daripada jejaka asing bernama Bago itu? Mungkinkah dia Prince Charming? Knight in Shining Armour? Captain America? Walaupun tampak gagah, mampukah Bago beri apa yang Saleha idamkan?

Hati-hati Saleha, bila dah berani melangkah…jangan lupa baca Bismillah.

Dayang Noor (Noor Aziza Sulaiman) dilahirkan di Mentakab, Pahang dan kini menetap di Puchong, Selangor dan bertugas sebagai seorang Eksekutif IT. Mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan sewaktu di sekolah menengah ketika terbabit di dalam penghasilan beberapa skrip untuk drama teater.

Teater arahannya berjudul Darah pernah memenangi kategori Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik di dalam Pertandingan Teater Sekolah-sekolah Menengah peringkat daerah Johor Bahru. JERAT ialah novelnya yang pertama, diikuti oleh HILANG.


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI