Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

KEKASIH

  • KEKASIH

RM 20.00


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS USMAN AWANG
PENERBIT UA ENTERPRISES
GENRE BACAAN UMUM
BIL. HALAMAN 143
ISBN 9789833742059

Lima puluh buah puisi Usman Awang yang termasyhur. Prakata oleh Rahman Shaari. 

Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Bapanya seorang nelayan dan ibunya meninggal dunia ketika beliau masih kecil.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Sedili, Mersing dan Bandar Maharani sehingga lulus Darjah 6. Ketika penjajahan Jepun di Malaya, Usman menjadi petani di Segamat dan kemudian menjadi buruh paksa Jepun di Singapura selama enam bulan.

Beliau kemudian menjadi pembantu pejabat, dan mengikuti latihan Botai (Polis Jepun). Pada akhir Perang Dunia Ke-2, berkhidmat sebagai anggota polis dan Jungle Squad di Melaka (1946-1951) sewaktu mulanya Zaman Darurat.

Oleh kerana Usman lebih selesa dengan mata pena daripada senjata berpeluru, maka beliau berhijrah ke Singapura untuk memulakan kerjaya sebagai penulis. Bermula sebagai pembaca pruf, pemberita dan kemudian anggota sidang pengarangUtusan Kanak-Kanak, Utusan Zaman dan Mastika (1952-1961) di mana beliau mula bersuara dengan lantang.
Beliau berpindah ke Kuala Lumpur mengikut akhbar Utusan Melayu. Selepas meninggalkan Utusan Melayu – kerana isu mogok akibat menolak campurtangan UMNO dalam akhbar itu – beliau menganggur sebelum mendapat pekerjaan di Federal Publication dan Fajar Bakti.

Akhir sekali beliau bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Usman bersara dari DBP pada pertengahan 1980-an.

Karya-karyanya telah diterjemah ke dalam beberapa bahasa. Pada 1983, beliau mendapat gelaran Sasterawan Negara. Pada tahun 1991, beliau telah dianugerahi gelaran Dato’ oleh Baginda Sultan Perak.

Antara sajaknya yang popular ialah ‘Bunga Popi’, ‘Pak Utih’, ‘Ke Makam Bonda’, ‘Kekasih’, dan ‘Salam Benua’. Beberapa drama pentasnya ialah ‘Tamu di Bukit Kenny’, ‘Matinya Seorang Pahlawan’ dan ‘Muzika Uda dan Dara’.

Antara cerpen beliau adalah: ‘Degup Jantung’, ‘Turunnya Sebuah Bendera’, ‘Kami Yang Terlibat’, ‘Sebuah Khemah Didirikan’ dan ‘Matinya Seorang Perempuan’. Satu-satunya novel yang beliau sempat tulis ialah ‘Tulang-Tulang Berserakan’ yang juga telah diterjemah ke Bahasa Inggeris sebagai ‘Scattered Bones’.

Usman meninggal dunia pada bulan Ramadhan, 29 November, 2001, setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau dikebumikan di Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI