Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

KASYAF

  • KASYAF

RM 26.00


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS KHAIRI MOHD
PENERBIT ANTIGRAVITI
GENRE BACAAN UMUM
BIL. HALAMAN 387
ISBN 9789671570913

Sebuah tren Komuter bertembung di KL Sentral, seorang Senator Dewan Negara dibunuh dan Agensi Nuklear Malaysia diletakkan  di bawah kawalan tentera. Ketika pimpinan tertinggi negara panik dengan ancaman risikan kuasa asing, Zack yang merupakan lead scientist di Agensi tahu masalah mereka jauh lebih besar daripada itu.

"Superhuman," kata Ranea sambil meletakkan majalah Time ke atas meja papanya. "Interactomies dan bioengineering, you tengok ni, saintis barat, dia orang nak alter human genetics, buat superhuman clone. Gila. Is it possible?"

Zack duduk di sofa. "You tell me. Bidang I nuclear... which is, in fact deadly to, even, super human.

"Boleh ke kita upgrade kita punya fisiologi?" Ranea merenung lelaki di depannya. "I mean, macam improved vision so you boleh nampak gelombang ultraviolet atau improved strength , let say by fifty or even ninety percent?"

"Maybe, kunci dia bukan human body," kata Zack. "But the spirit itself..."

Kerena lelaki yang muncul dalam kasyaf Zack itu.. ruhnya hitam, kuat tubuhnya dirasuk ilmu syaitan. Jika tepat kasyafnya, Zack tahu dia bukan berdepan risikan Rusia atau Amerika, tetapi satu anomali yang berada di luar norma manusia.

Persoalannya... apa yang setan yang cari?

Khairi Mohd pernah menuntut di USM Transkrian dan SMA Maahad Muhammadi. Kini bekerja sebagai seorang jurutera, jarang-jarang ke luar negara. Walaupun tidak pernah keluar ke negara jin, dia memang minat bertafakkur tentang alam ghaib menggunakan logik sains. Dia kini tinggal di Damansara Damai bersama isteri dan anak-anak tercinta. 



KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI