Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

KAMERA

  • KAMERA

RM 16.90 RM 19.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS MIM JAMIL
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE
  • CINTA
  • CUTI-CUTI
BIL. HALAMAN 279
ISBN 9789670954509
Sewaktu kali pertama saya terbaca berita mengenai kehilangan Ramly Nasution di akhbar, saya terus tertarik untuk melakukan kajian terhadap ceritanya. Berita di akhbar tidak mampu memberitahu segalanya dan saya pasti cerita Ramly adalah jauh lebih menarik jikalau dikupas dengan lebih mendalam.
Dengan bantuan tenaga kerja saya, rakan-rakan Ramly, ahli keluarganya dan pihak berwajib, saya berjaya mengumpulkan kesemua e-mel yang dihantar Ramly kepada seorang teman. Menariknya bagaimana kesemua 35 e-mel ini tidak berbalas namun gaya penulisan Ramly itu sendiri membuktikan bahawa dia mendapat e-mel balas dari temannya itu...

Muat Turun Bab Awal

Mim Jamil ialah seorang pelajar bidang perubatan dan penulis sambilan. Cerpennya pernah diterbitkan dalam buku antologi BOLA, KLCC, MALAM, CERPEN TERBAIK 2014 serta beberapa majalah dan laman sesawang. Setelah bermastautin di Dublin selama dua tahun setengah, kini dia menyambung pelajaran di Pulau Pinang. Dia menggemari buku, makanan, haiwan, muzik, sukan, kamera analog serta melihat pasportnya dicap oleh pegawai imigresen di luar negara. 


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI