Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

DELIMA

  • DELIMA

RM 16.90 RM 19.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS REGINA IBRAHIM
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE
  • CINTA
  • PERSAHABATAN
BIL. HALAMAN 298
ISBN 978-967-0954-68-4

Manusia berjanji meluah kata, 

Terlalu manis terlupa Tuhan, 

Antara permata dengan permata, 

Delima juga jadi pilihan.

Ini kisah pejuangan sebuah kumpulan muzik wanita.

Bermula dari watak utama Ruby yang bergerak dari Pulau Pinang, Baling, Kuala Lumpur hingga menempa nama ke Indonesia. Ada rahsia yang terpaksa disorok daripada rakan-rakan seperjuangannya Khartina, Zaliyah, Intan Syafinaz dan Ruhaina—rahsia yang bakal menamatkan kariernya. 

Di dalam dunia pop komersil, apa yang palsu boleh diraikan dan apa yang tulen boleh tenggelam. Mereka yang tak hanyut dalam kilauan hanyalah mereka yang waspada dan kenal diri, dan tak terlalu ciwi!

Muat Turun Bab Awal

Regina Ibrahim seorang artis holistik yang dilahirkan di Bukit Mertajam pada 1964 dan merupakan bekas guru sekolah menengah. Beralih tumpuan kepada bidang pentas (mengacara majlis-majlis korporat) pada awal 90an. Beliau percaya pada kebebasan berkarya dan ketelusan apabila menulis dan melukis. Latarbelakang beliau di kampung dan pemerhatian dewasa beliau terhadap sifat manusia digarap dalam semua hasil karya. Masih lagi aktif di pentas dan sudah mula menulis panduan tentang transeksualisme di laman sosial dan buku-buku separa akademik. Perjalanan merupakan hasil fiksyen pertama yang diharap dapat membawa pembaca menilai kehidupan maknyah di Malaysia tanpa sebarang prejudis. 


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI