Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

CERPEN NADIA KHAN

  • CERPEN NADIA KHAN

RM 16.10 RM 18.90


Beritahu rakan anda...

KATEGORI BUKU
PENULIS NADIA KHAN
PENERBIT BUKU FIXI
GENRE
  • CERPEN
BIL. HALAMAN 263
ISBN 9789670374154
Buku CERPEN ini menghimpunkan 17 cerita pendek dan juga 3 skrip filem pendek yang dihasilkan oleh Nadia Khan. Kebanyakannya ditulis dan diterbitkan di pelbagai majalah dan akhbar sebelum novel sulungnya KELABU muncul pada Disember 2011.

Cerita-cerita dalam kumpulan ini banyak berkisar tentang cinta, keluarga, sahabat dan kerjaya. Turut diselitkan cerpen-cerpen yang diilhamkan oleh hidup penulis sendiri sebagai pelajar dan orang yang berkhidmat dalam bidang perubatan dan pendidikan.

Nadia Khan a.k.a Neddo Khan (atau nama mengikut I.C. birunya, Nadia binti Mohamad Hatta) telah ditanya oleh seorang wartawan ketika mendapat 4A untuk UPSR, “Apa cita-cita adik?” dan dia dengan penuh yakinnya menjawab, “Penulis.”

Jawapan itu tak pernah tersiar di suratkhabar. Mendapat pendidikan formal di Petaling Jaya, Kuching, Taiping, Shah Alam, Seremban, Batu Pahat - dan pendidikan tidak formal di setiap langkah, di mana saja. Lulus M.B.B.S. pada tahun 2009, cita-cita yang dijawab pada umur 12 tahun itu terus dikejar sehingga terhasilnya KELABU, novelnya yang pertama. Pada tahun 2012 muncul buku CERPEN NADIA KHAN dan GANTUNG  pada 2013.


KAMI JUGA MENCADANGKAN BUKU INI