Perihal
Buku Fixi ialah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011. Ia memberi tumpuan kepada karya-karya baru yang bersifat urban dan masakini. Nama syarikat diambil dari perkataan Bahasa Indonesia ‘fiksi’ yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’ yang diambil dari Bahasa Perancis Lama ‘ficcion’ yang diambil dari Bahasa Latin ‘fictionem’ … untuk menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang original dalam dunia ini. Sasaran kami ialah untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu novel setiap bulan.
*
Pembelian di Kedai Fixi boleh dibuat dengan kad credit (Online Payment). Ia juga boleh dibuat dengan Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Online, PBeBank, HL Online dan sebagainya (Manual Payment) dengan cara ini: Setelah alamat dan butiran anda diisi, sila deposit jumlah yang diperlukan ke dalam akaun Public Bank kami (nombor akaun akan diberi melalui emel) dan hubungi sales@fixi.com.my dengan bukti pembayaran.
Selain itu, novel-novel terbitan Fixi turut dijual di kedai-kedai utama di Malaysia seperti MPH, Popular dan Kinokuniya.
*
Nak Menulis?
Jika anda berminat untuk menulis novel Fixi, inilah syarat-syaratnya:
• Sekitar 60,000 perkataan.
• Tema: Urban & kontemporari. Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan.
Boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk, dan sebagainya.
• Fikir ‘pulp’
• Judul harus satu perkataan saja.
Sila hantar sinopsis dan dua bab awal ke info@fixi.com.my (Amir Muhammad) untuk tindakan seterusnya



punk-pulp tapi islamik sikit boleh tak?
Hantar sinopsis & 2 bab pertama dan ia akan dinilai
hi,
i’m very much interested in publishing my writings, you see the target market for my story is for pre teens age range 11-16, so i was just wondering how i go around to getting it published. the story is in english. i was also wondering, roughly 60000 words is how many pages? thank you. hope to hear from you soon.
We aren’t aiming for the pre-teen market, alas
Page count would depend on the size of your font.
I too am interested in publishing my novel. But I was wondering. Do you guys except English novels ?
*accept