Mar 282011

oleh Khairulnizam Bakeri

335 mukasurat

RM20 : Diskaun 15% di Kedai Fixi!

Cetakan pertama: Mei 2011

Sinopsis:

Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.

Baca Bab 1 PECAH di sini

 

Biodata Penulis:

Khairulnizam Bakeri dilahirkan di Kelantan. Kini kerap ulang-alik Machang – Shah Alam. Untuk apa? Cari hidup dalam dunia, cari dunia dalam hidup. Aktif dalam bidang pengucapan awam, khususnya debat. Pemilik blog Salah Taip ( dan pengicau acap di alam 140 aksara, Twitter. Percaya bahawa bahasa bukan untuk dilacur, bahkan untuk dilabur dan dilakur, agar jadi milik semua. Ya, termasuk kamu.

 

© 2011 Buku Fixi | Hubungi kami di bukufixi@gmail.com Suffusion theme by Sayontan Sinha