Apr 132012

Dari usia yang muda, Fira diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya ke skim melarikan wang hantaran, semuanya disapu. Namun kemewahan dua anak beranak ini tergugat apabila seseorang muncul untuk membalas dendam. Mereka terpaksa lari dan bersembunyi.

Peristiwa hitam yang berlaku merubah Fira menjadi seorang yang kejam. Dia kembali ke ibu kota untuk memulakan langkah baru namun bertemu pula dengan Sadik, si penipu kacak.

Bersama Sadik sebagai mastermind — dan juga kekasih — Fira mencipta dunia baru yang serba mewah tetapi berbahaya. Ketika satu persatu mangsa tertipu, ada sesuatu yang mengintai si LICIK yang jelita itu. Apakah penipuan Fira akan bertemu pengakhiran?

Penulis: Sham Hashim & Julie Anne

272 mukasurat / RM18.90 Diskaun 15% di Kedai Fixi

RM14 Dalam 6-Pack Fixi

RM9 Dalam Bentuk E-Book

ISBN: 9789670374093

Cetakan pertama: April 2012

Baca Bab 1 & 2 LICIK di sini

Biodata 2 Penulis:

Sham Hashim mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Senibina. Selepas bekerja setahun di sebuah firma arkitek swasta, jiwanya tertekan kerana tidak dapat berkarya dalam penulisan. Berhenti kerja dan menyambung pelajarannya di Insititut Kesenian Jakarta dalam jurusan Penulisan Filem. Tidak sempat habis belajar, dia kembali ke Kuala Lumpur dan mulakan kerjayanya sebagai penulis skrip sepenuh masa.
Julie Anne anak kelahiran Kuching, Sarawak. Pernah aktif di alam maya tapi sudah lama tersesat dan belum jumpa jalan pulang. Mempunyai obsesi aneh terhadap Pasha Ungu. Licik ditulis kerana menulis novel adalah satu perkara dalam senarai Things To Do Before I Turn 30 nya.

One Response to “LICIK”

© 2012 Buku Fixi | Hubungi kami di bukufixi@gmail.com Suffusion theme by Sayontan Sinha