Mar 282011

Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.

Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.

Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan   ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?

KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!

Penulis: Shaz Johar

Kini hanya boleh dibeli dalam Kombo Kougar + Tabu

RM9 Dalam Bentuk E-Book

Cetakan pertama: Mei 2011

Baca Bab 1 KOUGAR di sini

 

Biodata Penulis

Shaz Johar adalah seorang penulis blog tegar dan baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan novel. Lahir di Kuala Lumpur sebelum wujudnya LRT dan KLCC, kini dia sedang bekerja di dalam industri perkhidmatan pelanggan di sebuah bank yang terkemuka. Shaz giat menulis blog dengan nama pena Jejaka Anggun dan pernah menulis dua cerpen di dalam bahasa Inggeris yang telah dimuatkan di dalam majalah online Anak Sastra. Di waktu lapang ketika dia tidak terlalu terikat dengan kehidupan jetsetternya, dia lebih senang mengasah bakat nyanyiannya di dalam bilik karaoke sehingga ke awal pagi. KOUGAR merupakan novelnya yang pertama dan ini diikuti oleh TABU.

© 2012 Buku Fixi | Hubungi kami di bukufixi@gmail.com Suffusion theme by Sayontan Sinha