Nov 282011

Oleh Nadia Khan

456 mukasurat

RM24.90 Diskaun 15% di Kedai Fixi

Cetakan pertama: Disember 2011

Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci…lelaki-perempuan.

Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?

Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘boyfriend kontrak’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?

Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?

Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.

Baca Bab 1-3 KELABU di sini

 

Biodata Penulis

Nadia Khan a.k.a Neddo Khan (atau nama mengikut I.C. birunya, Nadia binti Mohamad Hatta) telah ditanya oleh seorang wartawan ketika mendapat 4A untuk UPSR, “Apa cita-cita adik?” dan dia dengan penuh yakinnya menjawab, “Penulis.” Jawapan itu tak pernah tersiar di suratkhabar. Mendapat pendidikan formal di Petaling Jaya, Kuching, Taiping, Shah Alam, Seremban, Batu Pahat – dan pendidikan tidak formal di setiap langkah, di mana saja. Lulus M.B.B.S. pada tahun 2009, cita-cita yang dijawab pada umur 12 tahun itu terus dikejar sehingga terhasilnya KELABU, novelnya yang pertama.

One Response to “KELABU”

  1. [...] lagi. Tidur lambat Sabtu tu sebab mengada. Dapat novel baru kan. Abai semua kerja. Berbaloi sebab Kelabu sangat awesome. Konon pesan dekat kawan jangan bagi baca selagi tak siap LR tapi cannot resist meh! [...]

© 2011 Buku Fixi | Hubungi kami di bukufixi@gmail.com Suffusion theme by Sayontan Sinha