Aug 112011

Apakah kaitannya dua pembunuhan kejam dan satu kemalangan (atau mungkin juga sebenarnya percubaan bunuh yang gagal) dengan sebuah tender IT bernilai RM400 juta?

Kemalangan itu meragut ingatan Shereen. Apabila terjaga dari lena yang panjang, semuanya hilang. Dia perlu bangun semula dan bina kehidupan dan kenangan baru. Tetapi kini dia tidak pasti, siapa kawan, siapa lawan. Siapa Tash? Siapa Melia? Siapa Adele? Siapa Rizwan Zakaria? Siapa Datuk Hasnoor? Siapa Rahmat Hamidi? Dan siapa pula Pak Ya?

Di tengah-tengah kekalutan itu, dia juga perlu membongkar kegiatan penyeludupan kod-kod program ke luar negara yang didagangkan di pasaran gelap. Mampukah kepakaran IT Forensiknya membantu? Mungkinkah dia akan melepasi JERAT, atau akhirnya kecundang?

Penulis: Dayang Noor

303 mukasurat

RM20 Diskaun 15% di Kedai Fixi

RM14 Dalam 6-Pack Fixi

RM9 Dalam Bentuk E-Book

Cetakan pertama: September 2011

Baca Bab 1 JERAT di sini

Biodata Penulis

Dayang Noor (Noor Aziza Sulaiman) dilahirkan di Mentakab, Pahang dan kini menetap di Puchong, Selangor dan bertugas sebagai seorang Eksekutif IT. Mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan sewaktu di sekolah menengah ketika terbabit di dalam penghasilan beberapa skrip untuk drama teater. Teater arahannya berjudul Darah pernah memenangi kategori Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik di dalam Pertandingan Teater Sekolah-sekolah Menengah peringkat daerah Johor Bahru. JERAT ialah novelnya yang pertama, diikuti oleh HILANG.

© 2012 Buku Fixi | Hubungi kami di bukufixi@gmail.com Suffusion theme by Sayontan Sinha