Sebuah novel oleh penulis misteri #1 Indonesia.
Kapten Polis Kosasih dan sahabatnya dengan latar belakang yang gelap, Gozali berhadapan dengan tubuh kaku Alma Dolores di biliknya sendiri dengan tangan terhiris.
Yanis Sumbaga, usahawan maju dan lelaki yang dinikahi Alma dengan mengorbankan kerjaya sebagai model terkenal (dan status sebagai dara) telah tertangkap basah bermain cinta dengan perempuan lain. Bekas playboy terkenal itu mengaku bermain kayu tiga, tetapi mempunyai alibi kukuh tak berada di tempat kejadian.
Apakah peranan yang mungkin dimainkan oleh Pandu Lukas, yang pernah merasakan dirinya sebagai teman lelaki sang bekas model; atau Debi Malonda, yang tergila-gila dengan bosnya Yanis?
Adakah kematian Alma padah cinta banyak segi, atau hanya luapan dendamnya sebagai seorang ISTERI?
Penulis: S. Mara Gd
Diterjemah daripada Bahasa Indonesia oleh Nabila Najwa
309 mukasurat / RM19.90 / Diskaun 15% atau Diskaun 20% Jika Dibeli Bersama SUAMI
ISBN: 978-967-0374-14-7
Cetakan Pertama: Ogos 2012
Baca 2 bab pertama ISTERI di sini
Biodata Penulis:
Bermula dengan menterjemahkan novel-novel Agatha Christie ke dalam Bahasa Indonesia, S. Mara Gd kemudian menulis novel pertamanya, Misteri Dian yang Padam yang diterbitkan tahun 1985. Tokoh yang diciptakannya adalah seorang kapten polis bernama Kosasih dan sahabatnya yang punya latar belakang hitam, Gozali. Sejak itu lebih 30 novel tentang penyiasatan Kosasih dan Gozali terhasil dalam masa 3 dekad. Lokasi ceritanya umumnya mengambil tempat di Surabaya dan sekitarnya. Pada tahun 2012, Buku Fixi mula menterjemahkan novel-novelnya untuk pasaran Malaysia, bermula dengan SUAMI (judul asal: Misteri Rahasia Seorang Suami, 1986) dan ISTERI (judul asal: Misteri Dendam Seorang Istri, 1989).

Ikutilah Kami!