Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

SYARAT SAYEMBARA FIXI MUSIM KEDUA

SAYEMBARA FIXI: MUSIM KEDUA

Kami mencari 6 penulis!

Hadiah: Pendahuluan royalti RM10,000 kepada setiap penulis.

Syarat:

1. Manuskrip 50,000 - 70,000 perkataan dalam Bahasa Malaysia. Penggunaan bahasa lain secara minima dibenarkan. 

2. Asli dan tak pernah diterbitkan.

3. Tempat lahir, tahun lahir, status pendidikan, kewarganegaraan dan tahap ketampanan / kecantikan penulis tak penting. Saiz font / typeface dan spacing juga tak penting.

4. Penulis belum pernah menulis novel untuk syarikat Buku Fixi. Kalau pernah terbitkan cerpen dengan kami, masih dibolehkan.

5. Genre adalah bebas selagi dirasakan sesuai untuk pembaca Fixi.

6. Sila emel manuskrip penuh (dengan sinopsis 1 mukasurat) sebagai attachment Word kepada info@fixi.com.my. Tarikh tutup 30 Jun 2019.

7. Syarat penting: Penyertaan dibuka hanya kepada mereka yang telah membeli Pakej Sayembara Fixi: Musim Pertama (klik pautan). Harganya RM99 termasuk pos dan kesemua 6 buku akan dipos kepada anda. Sila pastikan alamat diisi dengan betul bila mendaftar dan membuat pesanan. Anda boleh buat pembelian dulu dan hantar manuskrip kemudian (sebelum tarikh tutup sayembara). Sila nyatakan nombor tempahan anda (angka 5 digit bermula dengan 2) bila menghantar manuskrip dan sinopsis. Jika anda telah memiliki kesemua pemenang musim pertama, anda boleh pre-order Pakej Sayembara Fixi: Musim Kedua (klik pautan) - juga RM99 tapi kesemua buku akan dipos hanya pada April 2020 sempena PBAKL 2020; manuskrip dan sinopsis juga perlu dikirim bersama nombor tempahan anda. 

8. Selain 6 pemenang, hakim juga berhak mengiktiraf beberapa manuskrip lain sebagai penerima saguhati (tak lebih daripada 12). Penerima saguhati akan diterbitkan sebagai novel Fixi sepanjang 2020 & 2021 dan akan menerima royalti berdasarkan jualan.

9. Selepas tempoh sayembara ini, kami tidak akan menerima sebarang manuskrip oleh penulis baru hingga penghujung 2020. 

10. Senarai manuskrip yang diterima akan diumumkan (hanya tajuk dan nombor pesanan; nama penulis dirahsiakan) dari masa ke masa sebagai pembakar semangat. (klik pautan)

Panel hakim: Dayang Noor, Sahidzan Salleh & Syafiq Ghazali.

Tarikh pelancaran serentak keenam-enam novel ini: PBAKL 2020.

Moga sukses!