Selamat Datang, Tetamu | Log Masuk.

CAJ PENGHANTARAN
JUMLAH KESELURUHAN

Sila tunggu...

SOALAN LAZIM

Berikut adalah soalan-soalan yang kerap kali orang tanyakan kepada kami sama ada secara online, atau masa menemui kami di booth.

1. Apa maksud perkataan ‘fixi’ ni?

Nama syarikat diambil dari perkataan Bahasa Indonesia ‘fiksi’ yang mana juga diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’ yang juga diambil dari Bahasa Perancis Lama ‘ficcion’, dan juga yang diambil dari Bahasa Latin ‘fictionem. Pendek kata, untuk menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang original dalam dunia novel ini.

2. Di mana boleh beli buku Fixi ni?

Kedai yang paling lengkapi mestilah kedai online Fixi — yang anda sedang layari sekarang dan juga Kedai Fixi di KL. Kami turut menjual buku-buku kami di kedai-kedai seluruh Malaysia.
Anda boleh ke lihat Senarai Kedai . Tapi tak semua kedai ada semua judul. Contoh kedai yang ‘agak’ lengkap: MPH, SMO, Kinokuniya KLCC, I Am Lejen Shop (Subang Jaya) dan rangkaian I Love Novel (Kedah/ Perlis).

3. Kalau beli banyak, boleh bagi diskaun?

Ya! Sudah pasti. Jika anda beli mana-mana 6 buku dalam pakej 6-PACK FIXI, anda akan dapat harga istimewa RM84 (iaitu purata RM14 setiap buku.) Lebih menarik, promosi ini juga boleh digunakan untuk buku-buku yang diterbitkan oleh beberapa penerbit lain: Lejen Press, Selut Press / Sang Freud Press dan Moka Mocha Ink.

4. Boleh tak hantar ke luar negara?

Pembelian 6-Pack masih boleh dibuat untuk pembeli Singapura dan Brunei. Untuk negara lain, anda boleh pesan buku-buku kami terus dari Gerakbudaya

5. Kalau beli online,  berapa cepat boleh dapat buku?

Kami akan pos dengan Poslaju hampir setiap hari setelah bayaran disahkan masuk ke dalam akaun kami. Invois elektronik anda akan dikemaskini dengan nombor tracking Poslaju. 

6. Kalau bayar lebih bila beli online, adakah wang baki akan dikembalikan?

Anda dinasihatkan untuk bayar wang tepat melalui kaedah seperti online transfer atau bayaran di kaunter bank. Kami tak kembalikan tunai tapi baki akan disimpan sebagai deposit untuk pesanan anda yang seterusnya (jika ada). 

7. Kalau saya nak jadi agen jualan Buku Fixi, macamana?

Boleh! Jika anda ada kedai sendiri atau rajin mengambil bahagian dalam acara jualan, anda boleh menjual buku-buku kami. Sila emel sales@fixi.com.my untuk pencerahan.

8. Nak jadi penulis untuk Buku Fixi?

Maaf, kami tidak menerima sebarang manuskrip baru sehingga penghujung 2018. Pengecualian diberikan hanya kepada mereka yang pernah terbitkan novel dengan kami. Selepas tempoh itu, sila rujuk pautan ini kembali :)

9. Ada had umur untuk penulis?

Tiada.

10. Buku Fixi ada terbitkan cerpen tak?

Buat masa sekarang, kami hanya terbitkan novel. Jika ada kumpulan cerpen (oleh seorang penulis), ini dikhaskan untuk penulis yang telah hasilkan novel Fixi sebelum ini.
Sesekali, kami juga terbitkan antologi cerpen (edisi terhad) atas dasar jemputan. 

11. Buku Fixi ada terbitkan puisi?

Tak.

12. Kalau buku Edisi Terhad, memang tidak akan dicetak semula?

Tepat sekali. Buku-buku seperti KOPI, BOLA dan KLCC takkan dicetak semula. Sila cari di pasaran gelap.