Jun 292012

8 filem pendek yang terinspirasi oleh minuman yang adiktif ini. Ada yang manis, pahit, lazat berkrim dan kaw-kaw. Walau tidak semua orang punya selera sama, perbezaan ini boleh diraikan dengan sehidang KOPI.

RM15. Beli di Kedai Fixi

RM14 Dalam 6-Pack Fixi

Penerbit: Amir Muhammad. Pengarah: Nazri M. Annuar / Azizulhakim Salleh / Sheryl Chong / Bebbra Mailin / Nik Adam Ahmad / Tan Bee Thiam / Aidil Rusli / Fikri Jermadi. Penulis Asal: Shaz Johar / Amal Hamsan / Gina Yap Lai Yoong / Adib Zaini / Nik Adam Ahmad / Faizal Sulaiman / Ridhwan Saidi / Syaihan Syafiq.

MALAYSIA, 2012 | STEREO | COLOUR & B/W | 65 min | MALAY WITH ENGLISH SUBTITLES

Judul & Sinopsis:

KOPI 3 RASA
3 ahli sebuah keluarga damai gemar memesan kopi istimewa daripada orang gaji mereka, Ika.

KOPI PERCIK
Firdaus seorang mahasiswa yang memang obses dengan kopi. Pada satu hari, ramai orang buat dia bengang.

CINTA KOPI
Jon suka datang ke kafe ini. Dia datang tiap-tiap hari dan tak mahu pulang.

KOPI, DONAT & BAYANG GADIS BERAMBUT HIJAU
Adib dah lebih seminggu emo dan koyak. Kawannya Boy datang dengan donat dan nasihat.

KOPI JANTAN KAW
Jalan-jalan di KL, jumpa pulak pakcik ni. Dia pernah masuk penjara.
Pengarah & Penulis Asal: Nik Adam Ahmad

KOPI JULIA
Rashad datang ke rumah kawannya Ikram. Tak sangka pulak mak kepada Ikram ni hot.

DEAR RIDHWAN
“Jangan percaya kata-kata seorang yang berkepala musang,” pesan suami. Ramai sungguh orang di KL ni.

KOPI & DIA
Dua kisah cinta. Satu mungkin akan ditamatkan sambil menghirup secangkir kopi.

© 2012 Buku Fixi | Hubungi kami di bukufixi@gmail.com Suffusion theme by Sayontan Sinha