May 092011


Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.

Dia mula menjadi zalim dan ganas  apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.

Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?

Penulis: Affifudin Omar

309 Mukasurat

RM20 : Diskaun 15% di Kedai Fixi

RM14 Dalam 6-Pack Fixi

RM9 Dalam Bentuk E-Book

Cetakan pertama: Jun 2011

Baca Bab 1 DENDAM di sini

Biodata Penulis

Affifudin Omar dilahirkan di Jitra, Kedah. Berpendidikan Inggeris di dalam bidang Sains Pertanian & Sains Sosial sehingga mencapai Ijazah Doktor Falsafah. Beliau mula menulis novel dalam Bahasa Melayu pada tahun 2009, dan DENDAM merupakan novelnya yang keenam. Novel-novelnya bertemakan persoalan-persoalan ekonomi, politik dan sosial masyarakat Melayu.

© 2012 Buku Fixi | Hubungi kami di bukufixi@gmail.com Suffusion theme by Sayontan Sinha