Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun setelah berada di pangsapuri baru, Mikael mula gagal untuk mengingat kembali apa yang berlaku pada masa-masa sebelumnya. Dia juga didatangi BISIK hasutan yang muncul secara rawak.
Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman, ialah seorang yang amat mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.
Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.
Apakah punca bisik-bisik yang mengganggu Mikael? Dan siapakah Nazzman sebenarnya?
Penulis: Syaihan Syafiq
295 mukasurat /RM19.90 Diskaun 15% di Kedai Fixi
ISBN: 978-967-0374-06-2
Cetakan Pertama: April 2012
Biodata Penulis:
Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar lahir di Kelantan tetapi dibesarkan sepenuhnya di Pulau Pinang. Lima tahun di Penang Free School adalah katalis kepada minat untuk mula menulis. Mengambil jurusan TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia, namun masih mahu terokai bidang penulisan secara serius. Seorang penggemar kucing, teh tarik dan teater. Pencapaian terbaik dalam bidang teater setakat ini adalah tempat ketiga mewakili UKM untuk Festival Teater MAKUM 2011. Punya blog ngomelsikit.blogspot.com dan twitter @shandye tetapi agak malas berada di atas talian. Pada tahun 2012, penulis menjalani praktikal di Alor Gajah, Melaka.




[...] BISIK [...]
[...] books for me. I would want to read KELABU but I choose Zombijaya instead. But I really want to get Bisik since it have a cat on the cover. (I’m simple and random like [...]