Tahun lepas Fixi tak terima baucar buku untuk pembelian online sebab … er, tak reti nak buat. Tapi tahun ni dah reti (rasanya!)

Ada dua kategori:

2 baucar untuk 6 buku

3 baucar untuk 9 buku

Kami tidak galakkan anda untuk guna 4 atau 5 baucar untuk beli buku Fixi. Sebab kami mahu anda sokong penerbit buku lain juga; ramai yang menyediakan bahan bacaan ilmiah yang boleh mencerahkan masa depan anda!

Syarat:

– Baucar untuk pembelian di kedai online Fixi ialah untuk buku Fixi (sila lihat katalog) dan bukan penerbit lain.

– Setiap judul hendaklah bersamaan dengan satu buku (jadi kombinasi seperti 3-SOME atau SUAMI & ISTERI tak bisa dipilih).

– Tidak boleh digunakan untuk DVD.

– Baucar itu sendiri mesti sah (diisi dengan lengkap).

Caranya:

1. Pilih 2 BAUCAR 6 BUKU atau 3 BAUCAR 9 BUKU (anda akan diminta daftar di website Fixi dulu).

2. Isi borang online dengan lengkap. (Quantity biar sebagai 1 – Add to Cart – Go to Checkout – Isi borang dengan nama, alamat, emel, nombor telefon – pilih Manual Payment – klik setuju dengan Terms and Conditions – klik Make Purchase). Nama orang yang memesan hendaklah sama dengan nama yang ditulis pada baucar.

2. Bila semua dah lengkap, anda akan dapat emel pengesahan. (Abaikan ayat dalam emel perihal kaedah bayaran sebab itu tak relevan kepada anda; kaedah bayaran anda ialah baucar.) Anda perlu jawab emel itu dengan menyatakan judul yang anda mahu (6 atau 9 judul).

3. Kami akan jawab emel anda dengan memberitahu alamat di mana baucar anda harus dipos.

4. Poskan baucar tersebut ke alamat berkenaan. Sila guna kaedah seperti Pos Berdaftar atau Poslaju supaya ia boleh dikesan dengan nombor tracking.

5. Apabila baucar anda diterima, pesanan anda akan diproses. Pesanan akan dipos setiap Isnin & Khamis.

6. Tracking number untuk pakej anda (Poslaju) akan diemel kepada anda.

Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila emel abam Iqbal sales@fixi.com.my

© 2012 Buku Fixi | Hubungi kami di bukufixi@gmail.com Suffusion theme by Sayontan Sinha